Pengenalan

Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi kehidupan dan cabaran yang sebenar.

Hubungan Antara Profesion Keguruan Dengan Pembinaan Negara Bangsa

Dalam usaha membina sebuah negara bangsa terdapat beberapa proses yang perlu diketengahkan di sini untuk memperlihatkan peri pentingnya peranan guru dalam merealisasikan hasrat tersebut antaranya:

i-                    Bina bangsa :

Proses membina bangsa ini memerlukan usaha gigih seorang guru dalam menerapkan beberapa mesej pembinaan negara bangsa dalam proses pengajaran dan pembelajarannya iaitu:

a)      Menyatupadukan kepelbagaian bangsa di Malaysia sebagai satu bangsa.

b)     Meningkatkan hubungan harmoni dan integrasi antara kaum agar dapat meningkatkan perpaduan dan kerjasama erat di antara mereka.

Oleh yang demikian para guru perlu kreatif dalam membina budaya dan persekitaran integrasi kaum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii-                  Penyertaan rakyat:

a)      Guru perlu berusaha mewujudkan kesatuan antara kaum agar para pelajar dapat hidup bersama sebagai satu bangsa demi mempertahankan diri dan kedaulatan negara.

b)     Guru perlu berusaha mengelakkan jurang perbezaan atau sentimen perkauman atau diskriminasi, meningkatkan nilai-nilai persamaan dan kerjasama antara kaum agar terhasilnya perpaduan dan integrasi nasional. Apabila integrasi nasional terhasil, nilai-nilai identiti sesebuah bangsa dapat ditonjolkan dan dipertahankan.

iii-                 Pengagihan nilai-nilai masyarakat:

a)      Guru berperanan merapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran secara adil dan saksama. Ini diharap agar para pelajar dapat menterjemahkannya dalam kehidupan bermasyarakat majmuk untuk mewujudkan negara bangsa Malaysia.

b)     Guru berperanan memupuk nilai-nilai nasionalisme iaitu pemilikan rasa atau semangat kebangsaan oleh semua warganegara berasaskan nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama tanpa ada perbezaan.

Contohnya guru menyemai rasa hormat kepada Jalur Gemilang yang melambangkan perkongsian  identity  kebangsaan bagi mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bagi terhadap negara bangsa Malaysia.

Etika Profesion Keguruan

Etika profesion keguruan adalah etika yang berkait rapat dengan proses pemantapan sistem pendidikan di negara kita. Sebagai sebuah negara yang menitik beratkan pembangunan kemanusiaan yang seimbang, profesion keguruan sentiasa menjadi agenda kerajaan untuk menjadikan bidang keguruan ini bertaraf dunia. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita melihat satu persatu elemen etika profesion keguruan yang amat berkait rapat dengan falsafah pendidikan, misi dan visinya yang jitu.

Definisi Etika

Terbahagi kepada tiga makna yang berlainan iaitu:

a)      Pola (pattern) hidup am-satu cara hidup

Definisi ini boleh diertikan sebagai etika agama Islam, etika agama Buddha dan etika agama Kristian.

b)      Satu set peraturan tingkahlaku atau kod moral

Boleh diertikan sebagai etika profesional  dan tingkahlaku profesional

c)      Pertanyaan mengenai cara hidup dan peraturan tingkah laku  

Diertikan sebagai satu cabang falsafah yang dinamakan metaetika

Adapun kod etika merupakan satu sistem dasar-dasar akhlak atau tingkahlaku bagi sesuatu kumpulan, persatuan, pekerjaan atau profesion. Sistem dasar ini adalah nilai-nilai moral yang harus dipatuhi dan digunakan sebagai   panduan oleh setiap ahli dalam sesuatu organisasi.

Definisi Etika Keguruan 

Berdasarkan pengertian kod etika yang telah dijelaskan di atas dapatlah kita nyatakan di sini bahawa kod etika keguruan merupakan sistem dasar akhlak yang disediakan sebagai garis panduan agar guru dapat melaksanakan tugasnya dengan sempura.

Bidang perguruan merupakan suatu pekerjaan yang berunsurkan ciri-ciri profesionalisme di mana kesatuan-kesatuan perkhidmatan perguruan telah memasukkan beberapa tataetika atau tatasusila profesion perguruan Malaysia. Elemen ini mengandungi ikrar seorang guru yang telah diterima pakai dalam profesion perguruan sebelum ia memulakan perkhidmatan sebagai seorang pendidik. Antara tatasusila tersebut adalah seperti berikut :

“ Kami guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun negara.

            Melalui pendidikan masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

            Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya” .

Teras Kod Etika Keguruan

Sebelum kita menyatakan teras pembinaan kod etika keguruan, haruslah kita menelusuri sejarah pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara ringkas. Ini adalah kerana pembentukannnya berpaksikan kepada sejarah dan keperluan semasa bahkan berkembang secara teratur dan komprehensif. Rujukan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

a)      Rujukan Asas FPN :

q       Penyata Razak 1956

q       Laporan Rahman Talib 1990

q       Akta Pelajaran 1991

q       Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 (Laporan Kabinet)

q       Rukun Negara

q       Prinsip-prinsip Pendidikan

q       Matlamat Pendidikan

b)      Rujukan Pengubahsuaian Dari Segi Undang-Undang

q       Akta Pendidikan 1996

q       Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996

q       Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996

q       Akta-akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996

q       Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 1996)

q       Akta Lembaga Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa deklarasi ikrar di atas adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) seperti di bawah:

q       Falsafah Pendidikan Negara

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

q       Falsafah Pendidikan Guru

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.

q       Visi Bahagian Pendidikan Guru

“Visi Bahagian Pendidikan Guru adalah untuk mewujudkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi negara Malaysia”.

q       Misi Bahagian Pendidikan Guru

“Misi  Bahagian Pendidikan Guru adalah untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk melahirkan guru yang sentiasa cemerlang dan bersedia memenuhi aspirasi negara”.

Selain daripada deklarasi di atas, tugas guru juga harus menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. ( Ramlah Abd. Wahab, 2002). Bukti profesion perguruan mendukung aspirasi negara sebagaimana perutusan bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Muhammad dalam perutusan tahun baru 2002 antara lain menyatakan   “sistem pendidikan yang kita amalkan selama ini mendukung Dasar Wawasan Negara (DWN)

Dalam melahirkan para guru yang berketrampilan dan professional dalam bidang keguruan, pihak kerajaan berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi negara.

Mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

b) Sifat dan kualiti sosial / tingkah laku

Kini, tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Di samping menjalankan tugas di bilik darjah, seseorang guru hendaklah bekerjasama dengan rakan sejawatnya, kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara semua golongan guru di sekolah itu. Di samping itu imej guru akan dapat dipertingkatkan sekiranya guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakan belia dan sukan, badan kebajikan, kebudayaan dan sebagainya

Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa kini bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga dari segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seorang guru ialah :

q       Budi pekerti : ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergauldengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertrai aktiviti masyarakat. Seseorang guru yang mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.

q       Ramah mesra : sifat ramah mesra merupakan satu kualiti perlu ada untuk mendapatkan kerjasama orang lain. Sifat ini juga mendorong murid-murid rapat dengan guru.

q       Merendah diri : Sifat merendah diri adalah berlawan dengan sifat sombong. Orang tidak suka begaul dengan guru sombong. Oleh itu sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada pada seseorang guru.

q       Semangat berbakti : Seseorang guru yang mempunyai sikap ini akan disanjungi oleh orang lain dan ia merupakan satu kualiti sosial yang murni bagi seseorang guru.

q       Jujur : sikap jujur adalah bertentangan dengan sikap menipu. Guru yang bersikap jujur  akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah, mahupun luar bilik darjah. Sifat kejujuran akan dihormati oleh orang lain. Guru yang jujur akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai tahap cemerlang.

Mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti sosial seseorang guru merangkumi inovasi dalam perhubungan sosial, berpekerti mulia, mudah suai, berdaya kepimpinan, kesedaran terhadap persekitaran serta sikap toleransi.

c) Kepimpinan

Guru tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sama ada kepimpinan tertinggi di sekolah sebagai seorang guru besar atau pengetua ataupun sebagai ketua panitia, persatuan dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin dan pengurus pendidikan perlu memiliki sifat dan kualiti seperti berikut :

q       Mempunyai ilmu yang luas serta kemahiran dan ketrampilan dalam biding pengurusan.

q       Memiliki sahsiah dan akhlak yang murni berlandaskan kepada dasar Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (1985).

q       Memiliki sifat keberanian yang berasaskan kepada pertimbangan teliti dan tindakan rasional.

q       Memiliki sufat keyakinan diri dan tegas serta tidak merasa takut atau terancam terhadap pandangan, idea dan sarananyang dikemukakan oleh anggota-anggota sekolah.

q       Memiliki sifat kreatif, inovatif imaginatif dan dinamik unt7uk melaksanakan rancangannya dalam pengurusan sekolah.

q       Memiliki sifat ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin pendidikan.

Kualiti dan sifat seseorang pemimpin pendidikan yang tersebut di atas adalah penting untuk menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan juga Wawasan 2020.

d) Penglibatan dalam tugas profesional.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Untuk memastikan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajarannya, beberapa sifat dan kriteria guru harus dipenuhi iaitu :

q       Ingin tahu : iaitu sifat yang mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha menambah pengetahuannya. Guru ini akan selalu menambah, mempelajari dan menyesuaikan diri yang sering berubah-ubah sama ada daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai seorang guru yang bersifat profesional.

q       Pengetahuan ikhtisas: Guru seumpama ini adalah guru yang bertauliah atau layak menjadi guru yang sebenar. Dia akan melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu kurikulum, kandungan mata pelajaran dan sebagainya. Guru yang melengkapkan dirinya dengan keperluan ini adalah guru yang telah mencapai kualiti profesional dalam konteks pendidikan.

q       Suka membaca : Ia bertujuan untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkanilmu yang lengkap. Oleh yang demikian, guru seumpama ini akan sentiasa membaca buku ilmiah kerana sifat suka membaca ini akan mempertingkatkan kualiti profesion keguruan.

q       Kemahiran bertutur : Keberkesanan bertutur adalah bergantung kepada kemahiran bertutur. Guru yang menguasai pertuturandengan jelas dan tepat membolehkan pelajar menerima maklumat dengan tepat.

q       Daya ingatan : Daya ingatan yang baik akan membantu guru menyampaikan pelajaran sepenuhnya dengan lancar mengikut rancangan yang disediakan.

q       Daya usaha : seseorang guru yang mempunyai daya usaha tidak akan merasa bosan dengan rutin hariannya. Dia akan berusaha menjadikan pengajaran lebih menarik melalui kaedah dan pendekatan mengajar yang berkesan.

Mengikut nilai keguruan, kualiti professional seseorang guru merangkumi sangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang kep[erluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran dan mempunyai inovasi dalam tugas.

Cara Guru Mempertingkatkan Peranan dan Sumbangannya dalam Proses Pembinaan Negara Bangsa

Dalam memantapkan profesion keguruan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia, para guru seharusnya mempunyai persediaan yang komprehensif baik dari segi fizikal dan mental. Ini dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pengajaran yang dilakukan terhadap para pelajarnya dan teknik pengajaran kearah penerapan elemen pembinaan negara bangsa.

a)      Persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran :

i)  membentuk diri sebagai role model dari segala aspek seperti intelektual, spiritual, akhlak dan lain-lain.

ii) Menonjolkan estim kendiri seperti menampilkan kecekapan dan ketrampilan mendidik, mencerna dan membuat refleksi keilmuan, keterbukaan minda dan penyampaian maklumat yang berkualiti.

iii)                 Menampilkan kredibiliti keilmuan dan ketrampilan.

iv)                 Membina rangkaian dengan para pendidik di seluruh dunia melalui dialog iaitu interaksi fizikal dan intelektual agar dapat memperkembangkan minda dan horizon pemikiran.

v)                  Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar.

vi)                 Memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.

vii)               Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum.

b)      Pendekatan pengajaran yang dilakukan terhadap para pelajar :

i)  Guru mesti yakin berdasarkan potensi yang ada pada para pelajar.

ii) Guru mesti yakin yang dirinya boleh dan berkemampuan untuk mrngajar.

iii)                 Guru mesti tahu dan mempelajari pelbagai teori dan kaedah mengajar.

iv)                 Guru mesti melaksanakan kaedah dan teori itu dengan penuh keazaman, bersungguh-sungguh dan berterusan.

v)                  Guru mesti sabar menghadapi kepayahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

vi)                 Guru mesti jadi pemangkin kepada kebolehan intelektual dan potensi yang sedia ada dalam diri para pelajar.

vii)               Guru mesti mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul.

c)      Teknik pengajaran ke arah penerapan elemen pembinaan negara bangsa :

i)  Penerapan nilai-nilai murni sebagaimana yang disebut oleh tokoh pendidikan iaitu:

“contoh teladan para pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar, merekalah seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak yang mulia walaupun masyarakat kurang menghargai watak-watak yang berbudi luhur” ( Mohd Kamal Hassan, 1988 ).

ii) Menintegrasikan  prinsip kepercayaaan kepapada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar.

iii)                 Membentuk sahsiah pelajar yang serius dalam usaha kretif, inovatif, produktif dan berdisiplin.

iv)                 Menerapkan nilai-nilai ketatanegaraan yang tinggi dari aspek kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti seperti membangunkan sikap cinta dan setia kepada negara. Tujuannya untuk melahirkan rakyat yang mempunyai sikap patriotik iaitu sanggup berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

v)                  Memupuk nilai toleransi dan kerjasama dikalangan para pelajar dan menanam budaya ikram dan harmonis.

vi)                 Menerapkan nilai-nilai kesedaran terhadap kepentingan kemajuan dengan meniupkan semangat kebangsaan dalam menuntut kemerdekaan dari cengkaman penjajah dan menghargai sumbangan para pejuang  dalam mendaulatkan negara.

vii)               Menitik beratkan nilai-nilai etika dan estetika untuk memastikan generasi muda sentiasa berdisiplin serta mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat berdasarkan nilai-nilai budaya kita. Ini membolehkan kita melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bertoleransi,

Implikasi Falsafah Pendidikan Guru kepada Para Guru

Falsafah Pendidikan Guru membayangkan ciri-ciri kualiti guru yang bakal dibentuk iaitu:

a)            Berpekerti mulia:

Guru yang berpekerti mulia seharusnya menerima setiap pelajar dengan baik dan bersedia menolongnya. Guru ini juga rela menjalankan aktiviti penggayaan terhadap para pelajar yang baik pencapaiannya.

b)            Berpandangan progresif dan saintifik:

Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa menokok tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Dengan itu, dia sentiasa menyedari perkembangan baru dalam arena pemdidikan dan dapat memainkan peranan sebagai innovator.

c)            Bersedia menjunjung aspirasi negara:

Guru yang peka kepada aspirasi negara akan menekankan unsur perpaduan, prihatin, ikram, berbudi bahasa, keupayaan bersaing dan berdikari dalam kegiatan pengajaran dan pembelajarannya.

d)            Menyanjung warisan kebudayaan negara:

Warisan kebudayaan negara hendaklah ditekankan dalam kurikulum sekolah sama ada dalam aktiviti lakonan, nyanyian, tarian atau pakaian.

e)            Menjalin perkembangan individu:

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah mirip ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

f)            Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu:

Guru hendaklah menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan yang dikehendakinya dan cuba memastikan pelajar-pelajar pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.  

g)            Memelihara suatu masyarakat yang demokratik:

Unsur demokrasi hendaklah sentiasa diberi penekanan oleh guru. Ini bermakna dalam pemilihan ketua pelajar, pengerusi dan ahli jawatankuasa, guru hendaklah memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukannya. Begitu juga dalam sesetengah hal yang melibatkan pemutusan keputusan. Kalau hal yang tidak penting, pemutusan keputusan bolehlah diserahkan kepada pelajar.

h)            Memelihara suatu masyarakat yang progresif:

Dalam pengajaran guru, kaedah inkuiri – penemuan dan kaedah dapatan hendaklah ditekankan. Ini perlu untuk memupuk sikap suka menyiasat dan mereka cipta. Sifat-sifat ini adalah secocok dengan hasrat mengembangkan anggota masyarakat yang berpandangan progresif dan futuristik.

i)            Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin:

Unsur disiplin memang sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan-kegiatan bilik darjah tidak dapat berjalan dengan licin tanpa disiplin. Walau bagaimanapun, guru hendaklah menitik beratkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa, tolong-menolong, prihatin dan bekerjasama di kalangan pelajarnya. Amalan ini akan membolehkan para pelajar membesar menjadi ahli masyarakat yang bersifat penyayang.

Tanggungjawab Guru Sebagai Agen Sosial Negara

Menyedari betapa peri pentingnya tanggungjawab sebagai seorang guru, maka kumpulan ini tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai agen sosial terhadap pelajar. ibu bapa, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion keguruan. Berikut disenaraikan tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh para guru:

1.            Tanggungjawab terhadap pelajar:

            a)            Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal

                        lain.

b)                 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

c)                  Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.

d)                 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam kelas lain tanpa sebarang bayaran atau hadiah.

e)                  Menunjukkan satu cara berpakaian, bertutur dan bertingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

f)                   Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajarannya mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

g)                  Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.

2.            Tanggungjawab terhadap ibu bapa:

            a)            Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

            b)            Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara       

                        institusi pendidikan dengan rumahtangga.

c)                  Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.

d)                 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

e)                  Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

f)                   Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3.                Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara:

a)                Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

b)               Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap atau nilai yang boleh membantu dan membimbing pelajar untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

c)                Menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

d)               Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat

e)                Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan keintektualan masyarakat.

f)                 Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

4.                Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

a)                Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru  di hadapan pelajar, ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah guru.

b)               Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru.

c)                Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan rajin dan bersungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

d)               Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama mereka yang baru dalam prfesion ini.

e)                Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion guru.

f)                 Bersedia menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

g)                 Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan prestasinya dalam aktiviti pengajaran.

Daripada tanggungjawab guru di atas bolehlah dikatakan bahawa tanggungjawab guru terhadap pelajar adalah teras profesion keguruan. Oleh yang demikian, pengabaian terhadap pelajar atau mana-mana pihak yang terlibat mengundang punca kepincangan dan kegagalan membina sebuah negara bangsa. Para guru harus menjalankan tugasnya berpandukan kod etika keguruan di atas sejajar dengan harapan dan aspirasi masyarakat dan negara terhadapnya.

Nilai Keguruan

Ia boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: 

a)                  Sifat dan kualiti peribadi

Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi berikut:

q       Baik hati: sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

q       Jenaka: sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat. Perhubungan ini adalah merupakan kondusif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Dalam sifat jenakanya, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan lebih baik, menarik dan berkesan.

q       Sabar: seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guru yang mudah menunjukkan kemarahannya tidak akan dapat menjalinkan perhubungan yang erat dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

q       Bertanggungjawab: sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorong guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna.

q       Yakin: kebanyakan masalah disiplin yang timbul di dalam bilik darjah adalah disebabkan sifat kurang yakin guru sendiri. Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambil tindakan yang tegas.

q       Kepimpinan: guru merupakan pemimpin murid. Oleh itu, seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan supaya murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru. Murid-murid akan menghormati guru yang mempunyai kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan berkesan.     

Deklarasi Tokoh Pendidikan Terhadap Usaha Pembinaan Negara Bangsa

q       Usaha membina satu semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan di kalangan semua rakyat Malaysia sangatlah penting dalam pembinaan nusa bangsa dan membentuk bangsa Malaysia bagi mencapai hasrat tersebut perlulah dipupuk perasaan bangga terhadap warisan,kejayaan dan potensi Negara bagi menyemai semangat kekitaan.Dalam hubungan ini usaha akan diambil untuk mempopularkan sukan Negara dan acara kebangsaan lain.Semua proses ini dijangka dapat memupuk nilai dan sikap positif sebagai satu cara hidup di kalangan rakyat Malaysia” (Malaysia, 1996, hlm. 31)

q       Sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia perlu memainkan peranan yang dinamik ,konstrujtif dan positif bagi memupuk nilai integrasi nasional.Nilai persefahaman dan hubungan social yang menggalakkan asimilasi budaya membentuk satu identiti masyarakat Malaysia yang beridentitikan Budaya Kebangsaan (Nasional Culture) perlu dipupuk  dan diperkukuhkan dalam kurikulum dan proses sosialisasi di sekolah.Melalui pendidikan dan persekolahan budaya kelompok etnik lain boleh diketengshksn untuk membina persefahaman dan toleransi budaya di kalangan masyarakat Malaysia”.(Abd Rahim Abd Rashid (2001),hlm. 22-23)

 

GURU

Siapa itu guru?

Guru sebagai agen sosialisasi

q       Proses interaksi yang membolehkan manusia hidup dalam masyarakat secara harmoni.

q       Proses mendisiplinkan individu supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat

Murabbi, muallim, muaaddib, alim ulama dari kaca mata Islam

Guru sebagai pendidik

q       Memberi ilmu

q       Memberi kemahiran supaya dapat mencari ilmu

q       Mendedahkan pengalaman tertentu

q       Menjana akhlak

Kualiti seorang guru

q       Bertanggumgjawab                                                           

q       Berilmu

q       Tekun                                                                               

q       Dedikasi

q       Yakin                                                                                

q       Kepimpinan

q       Kasih sayang                                                                      

q       Berfikir

q       Baik hati                                                                            

q       Berdisiplin

q       Mempunyai visi dan misi                                                  

q       Sabar

 

Profesion ??????

Bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

Konsep profesionalisme

Ø      Patuh kod etika                                                          

Ø      Latihan iktisas yang bermutu

Ø      Bertanggungjawab                                                      

Ø      Ada kelulusan

Ø      Bermoral tinggi                                                          

Ø      Dedikasi

Ø      Ada autonomi bertugas

Ø      Bersikap jujur

Aspek keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion

Ø      Berpengetahuan dan berdaya fakir serta berakhlak

Ø      Mahir menggunakan IT

Ø      Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang

Ø      Mempertingkatkan profesionalisme

Ø      Berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan krestif

Kod Etika Guru

Ø      Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara

Ø      Elakkan daripada ajaran sesat

Ø      Menghormati masyarakat

Ø      Tarbiah pelajar

Ø      Wujudkan kerjasama

Ø      Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

Ø      Elakkan daripada membuat kenyataan negatif

Ø      Tunaikan tanggumgjawab

Ø      Membaca ikrar dalam upacara-upacara rasmi seperti Hari Sukan,perhimpunan pengakap dan sebagainya.

Ø      Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan perhimpunan sekolah.

Ø      Menjalankan kempen kebersihan sekolah.

Ø      Melaksanakan program Minggu Bahasa Malaysia.

Aktiviti Ko Kurikulum

Ø      Menonjolkan sikap kenegaraan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Ø      Boleh dilaksanakan secara lansung apabila guru mengajar mata pelajaran seperti Pendidikan Moral,Sejarah,Bahasa Malaysia dan sebagainya

Ø      Apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di mana murid-murid akan di latih mengamalkan sikap kerjasama,tolong-menolong,hormat-menghormati,tanggunhjawab dan toleransi.

TOKOH GURU

Ø      Simbol penghargaan kepada jasa pendidik dan bekas pendidik.

Ø      Diperkenalkan pada 1972

Ø      Lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan,kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tokoh Guru

Ø      Kriteria dan syarat

Ø      Pemilihan calon boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia

Ø      Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan

Ø      Berumur 50 tahun atau lebih

Ø      Pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta berkhidmat dalam masyarakat

Ø      Warganegara Malaysia

Ø      Sama ada berkhidmat atau bersara

Ø      Rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah

Ø      Sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru,pengetua,guru besar,pensyarah atau pentadbir

Tokoh Guru Kebangsaan 1996

Prof Madya Razak

v     Timbalan Dekan Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik (SBPS)

v     Beliau yang menerima Anugerah Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah 1995 di Kuala Terengganu.

v     Memulakan kerjayanya sebagai guru sementara sebelum menjadi guru tetap di Ibrahim School Sungai Petani pada tahun 1961 setelah tamat kursus di Institut Bahasa Kuala Lumpur.

v     Semangat untuk meningkatkan ilmu dan menambah ilmu pengetahuan membuat tokoh pendidikan ini berjaya memasuki Universiti Malaya.

v     Beliau menjadi pengetua di Sekolah Menengah Dato’ Harun, Tanjong Karang, Selangor.

v     Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Pegawai Perancang Bahasa di Kementerian Pendidikan,Pengarah Pendidikan Kedah,Prof.Madya di Universiti Sains Malaysia (USM),dan Pengarah Pusat Teknologi Pendidikan USM.

v     Selepas bersara dari USM, beliau berkhidmat sebagai Prof Madya di sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik UUM.

v     Tokoh ini bukan sahaja di lantik memegang jawatan penting dalam perkhidmatan pendidikan,malah beliau juga menjawat jawatan yang mencabar dan penting dalam kegiatan luar.

v     Cetusan ideanya unik dan inovatif, baik semasa menjadi mahasiswa mahupun berkhidmat dalam kerjayanya.

v     Pernah menjadi guru dalam penjara, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam,ahli Lembaga Tadbir Yayasan Islam Nilam Puri dan ahli Lembaga Maktab Mahmud,Alor Setar.

Mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

b) Sifat dan kualiti sosial / tingkah laku

Antara sifat dan kualiti sosial seorang guru ialah :

Ø      Budi pekerti : ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertrai aktiviti masyarakat.

Ø      Ramah mesra : sifat ramah mesra merupakan satu kualiti perlu ada untuk mendapatkan kerjasama orang lain.

Ø      Merendah diri : sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada pada seseorang guru.

Ø      Semangat berbakti : Seseorang guru yang mempunyai sikap ini akan disanjungi oleh orang lain dan ia merupakan satu kualiti sosial yang murni bagi seseorang guru.

Ø      Jujur :Guru yang bersikap jujur  akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah, mahupun luar bilik darjah. Sifat kejujuran akan dihormati oleh orang lain. Guru yang jujur akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai tahap cemerlang.

c) Kepimpinan

Sebagai seorang pemimpin dan pengurus pendidikan perlu memiliki sifat dan kualiti seperti berikut :

v     Mempunyai ilmu yang luas serta kemahiran dan ketrampilan dalam biding pengurusan.

v     Memiliki sahsiah dan akhlak yang murni berlandaskan kepada dasar Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (1985).

v     Memiliki sifat keberanian yang berasaskan kepada pertimbangan teliti dan tindakan rasional.

v     Memiliki sufat keyakinan diri dan tegas serta tidak merasa takut atau terancam terhadap pandangan, idea dan saranan yang dikemukakan oleh anggota-anggota sekolah.

v     Memiliki sifat kreatif, inovatif imaginatif dan dinamik untuk melaksanakan rancangannya dalam pengurusan sekolah.

v     Memiliki sifat ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin pendidikan.

d) Penglibatan dalam tugas profesional.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Beberapa sifat dan kriteria guru harus dipenuhi iaitu :

v     Ingin tahu

v     Pengetahuan ikhtisas

v     Suka membaca

v     Kemahiran bertutur

v     Daya ingatan

v     Daya usaha

Cara Guru Mempertingkatkan Peranan dan Sumbangannya dalam Proses Pembinaan Negara Bangsa

a) Persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran :

i)              Membentuk diri sebagai role model dari segala aspek seperti intelektual, spiritual, akhlak dan lain-lain.

ii)             Menonjolkan estim kendiri Menampilkan kredibiliti keilmuan dan ketrampilan.

iii)           Membina rangkaian dengan para pendidik di seluruh dunia melalui dialog iaitu interaksi fizikal dan intelektual agar dapat memperkembangkan minda dan horizon pemikiran.

iv)           Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar.

v)            Memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.

vi)           Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum.

d)      Pendekatan pengajaran yang dilakukan terhadap para pelajar :

i)  Guru mesti yakin berdasarkan potensi yang ada pada para pelajar.

ii) Guru mesti yakin yang dirinya boleh dan berkemampuan untuk mrngajar.

iii)                 Guru mesti tahu dan mempelajari pelbagai teori dan kaedah mengajar.

iv)                 Guru mesti melaksanakan kaedah dan teori itu dengan penuh keazaman, bersungguh-sungguh dan berterusan.

v)                  Guru mesti sabar menghadapi kepayahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

vi)                 Guru mesti jadi pemangkin kepada kebolehan intelektual dan potensi yang sedia ada dalam diri para pelajar.

vii)               Guru mesti mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul.

Teknik pengajaran ke arah penerapan elemen pembinaan negara bangsa :

Penerapan nilai-nilai murni

i)                    Mengintegrasikan  prinsip kepercayaaan kepapada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar.

ii)                  Membentuk sahsiah pelajar yang serius dalam usaha kretif, inovatif, produktif dan berdisiplin.

iii)                 Menerapkan nilai-nilai ketatanegaraan yang tinggi dari aspek kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti

iv)                Memupuk nilai toleransi dan kerjasama dikalangan para pelajar dan menanam budaya ikram dan harmonis.

v)                  Menerapkan nilai-nilai kesedaran terhadap kepentingan kemajuan dengan meniupkan semangat kebangsaan

vi)                Menitik beratkan nilai-nilai etika dan estetika untuk memastikan generasi muda sentiasa berdisiplin serta mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat berdasarkan nilai-nilai budaya kita.

Penutup

Rasionalnya penyediaan para guru professional yang berketrampilandan ikhtisas dalam bidang perguruan adalah untuk merealisasikan aspirasi Negara kea rah mencapai Wawasan 2020 dan membentuk sebuah Negara bangsa Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Pada ketika ini,sudah pasti pencapaian pendidikan Negara telah pun mencapai tahap dinia dari segi kualitinya standing dengan negat\ra lain di seluruh dunia.Oleh yang demikian,jelaslahguru merupakan aset dan penjana yang terpenting kea rah mencapai kemakmuran dan kegemilangan negara pada masa hadapan.

RUJUKAN:

  1. Abd Rahim Abd Rashid (2001), Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan, Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd, Cetakan Ulangan 2004.
  1. Ee Ah Meng (2003), Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester 1), Shah Alam Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Terbitan Pertama.
  1. Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee (1990), Pendidikan Moral, Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Terbitan Pertama.
  1. Mok Soon Sang (2004), Pendidikan di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 5, Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Edisi ke-8.
  1. Sharifah Alawiyah Al-Sagoff (1992), Falsafah Pendidikan, Petaling Jaya, Selangor : Longman Malaysia Sdn Bhd, Cetakan Ketujuh.
  1. Zulhilmi Paidi dan Rohani Abbdul Ghani (2003), Pendidikan Negara Bangsa, Bentong Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd,Terbitan Pertama.