Make your own free website on Tripod.com

 

 

MUTIARA ILMU PELEMBUT HATI...

TAZKIRAH MINGGUAN

Emel: amin_um@yahoo.com.sg
Tel: 016-678 5668

Index

[Biografi] [Album] [Kursus] [Komen] [Iklan] [Tazkirah]

 


Menu:

>>Khalid Bin Walid
Dipecat Jawatan
Panglima Perang

>>Allah Dedahkan
Perangai Yahudi

KHALID BIN WALID DIPECAT
JAWATAN PANGLIMA PERANG

Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

 

    Setelah Khalid Bin Walid menerima surat dari Panglima Perang Abu Ubaidah di Syam,lalu beliau segera menggerakkan bala tenteranya menuju ke medan perang yang baru iaitu di Syam.

    Setibanya di Syam,Khalid bin Walid menulis sepucuk surat kepada Abu Ubaidah. Surat itu dimulai dengan doa, Antaranya:

    " Sesungguhnya aku memohon semoga Allah SWT memberi keamanan dan ketenangan untuk engkau dan aku, pada hari yang menakutkan (hari peperangan).
    Aku mohon kepada-Nya agar dihindarkan semua perkara yang buruk, yang boleh menjeaskan amalan harianku di muka bumi ini.
    Sesungguhnya telah sampai kepadaku surat dari Khalifah Abu Bakar, supaya aku bergerak menuju ke Syam dan mengarahkan aku supaya mengetuai angkatan perang yang sedang berjuang menentang musuh.
    Aku juga diarah supaya supaya mengambialih tugas mengurus hal ehwal tentera muslim di Syam.
    Demi Allah, aku tidak berhajat kepada jawatan panglima perang itu, tetapi aku ditugaskan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq supaya mengetuai angkatan tentera Islam yang berada di medan perang Syam. "

    Abu Ubaidah pula menulis surat susulan kepada Khalid bin Walid dan menegaskan didalam suratnya:

    " Aku mohon kepadamu agar terus mengekalkan jawatan yang kamu sandang (seperti yang dikehendaki oleh Khalifah).
    Aku berjanji bahawa aku tidak akan derhaka kepada kehendak kepimpinanmu sebagai panlima perang yang baru. Sebarang masalah aku tidak akan buat, kecuali kamu sendiri yang membuat keputusan.
    Ya Allah, berilah keberkatan kepada Khalifah Rasulillah SAW, Abu Bakar As-Siddiq, atas apa jua yang difikirkannya, Insya Allah akan diberkati-Nya. Semoga Allah SWT merestui apa jua yang dilakukan oleh Khalid bin Walid. "

    Sementara itu Khalifah Abu Bakarjuga telah mengirim surat kepada Abu Ubaidah di medan Syam, kandungan surat berbunyi:

    " Sesungguhnya aku (sebagai Khalifah Rasulillah SAW) telah melantik Khalid bin Walid sebagai panglima perang bagi memerangi penjajah kuffar Rom di Syam. Oleh itu, engkau wahai Abu Ubaidah jangan menentang beliau, sebaliknya patuhilah dia dan dengarlah perintahku ini.
    Wahai saudaraku Abu Ubaidah, sesungguhnya aku kirim Khalid bin Walid bersama denganmu di medan perang Syam, bukan bererti beliau lebih baik dari kamu. tetapi pada pengamatanku bahawa Khalid bin Walid mempunyai kecerdikan dalam mengatur strategi berdasarkan pengalamannnya yang luas dimasa lalu.
    Semoga Allah SWT mengurniakan kita kebaikan dan kesejahteraan (melalui perlantikan itu). "

    Selepas Khalid bin Walid menggerakkan tenteranya itu, berlakulah pertembungan dahsyat antara tentera Islam dan tentera Rom di medan perang, dalam keadaan sedaging.

    Antara kedua pihak berbaur menjadi satu di medan tempur, dalam peperangan yang berterusan serta menempuh masa yang panjang.

    Hingga datanglah pertolongan Allah SWT memenangkan tentera Muslimin terhadap kuffar Rom. Akhirnya sebahagian besar tentera Rom berjaya ditewaskanm, sebagaimana ramai diantara askar musuh yang ditawan.

    Ketika tentera muslimin berperang dengan tentera Rom dalam situasi yang dahsyat, tiba-tiba Khalid bin Walid menerima sepucuk surat dari Madinah yang mengkhabarkan bahawa Khalifah Abu Bakar telah meninggal dunia di Madinah.

    Berikutan kematian itu, kaum Muslimin di Madinah telah bermubayaah (berjanji setia) terhada Umar bin Al- Khattab yang dilantik dikalangan sahabat sebagai Khalifah Rasulillah SAW yang kedua selepas Khalifah Abu Bakar.

    Dalam surat yang dikirim oleh penjawat Khalifah yang baru ini juga menegaskan bahawa jawatan panglima perang yang disandang Khalid bin Walid telah dilucutkan. Sebagai gantinya Abu Ubaidah telah dilantik oleh Khalifah Umar Al-Khattab untuk menjawat jawatan itu.

    Khalid bin Walid tidak berkecil hati dengan perlucutan jawatan itu dan tidak menghebahkan berita kematian Khalifah Abu Bakar kepada tenteranya yang sedang berperang sebaliknya menyerahkan surat rasmi tersebut kepada Abu Ubaidah.

    Abu Ubaidah juga tidak menghebahkan berita tersebut, lebih-lebih lagi tentang pemecatan Khalid bin Walid sebagai panglima perang dan perlantikan dirinya sebagai pengganti oleh khalifah yang baru iaitu Umar Al-Khattab.

    Tujuan pembekuan berita kematian Khalifah Abu Bakar dan pemecatan Khalid bin Walid sebagai panglima perang, untuk mengelak dari berlakunya kegemparan dikalangan anggota tentera Islam, kerana ia boleh menjejaskan semangat dikalangan tentera Islam di medan perang.

    Hanya selepas perang berakhir dengan kemenangan gemilang menewaskan musuh, barulah Abu Ubaidah menghebahkan kepada orang ramai bahawa Khalid bin Walid tidak lagi menjadi panglima perang.

    Melalui peristiwa ini dapat dilihat betapa ikhlas dan cekalnya bekas panglima perang Khalid bin Walid, dan juga panglima perang yang baru, dalam melaksanakan tanggungjawab besar. Melaksanakan perintah dari khalifah yang baru, Saidina Umar Al-Khattab ketika peperangan belum berakhir.

sumber: Fikrah Harakah, Bil:1282



PERHATIAN!
Kepada mereka yang ingin menyumbangkan artikel/tazkirah boleh berbuat demikian dengan menghantarnya dalam bentuk 'attachment' ke emel amin_um@yahoo.com.sg. Sumbangan anda adalah di alu-alukan...

 

Atas

 

[Biografi] [Album] [Kursus] [Komen] [Iklan] [Tazkirah]

 

 


2005 © Ibnu Umar. Hak Cipta Terpelihara
Dikemaskini pada 05 Mac 2005 02:00 a.m