MUTIARA ILMU PELEMBUT HATI...

TAZKIRAH MINGGUAN

Emel: amin_um@yahoo.com.sg
Tel: 016-678 5668

Index

[Biografi] [Album] [Kursus] [Komen] [Iklan] [Tazkirah]

 


Menu:

>>Khalid Bin Walid
Dipecat Jawatan
Panglima Perang

>>Allah Dedahkan
Perangai Yahudi

ALLAH DEDAHKAN PERANGAI YAHUDI

Oleh: Tuan Guru Dato' Seri Abdul hadi Awang
Tafsir Surah al-Maidah ayat 41.

 

    Apabila berlaku pertelingkahan mereka mengambil keputusan untuk berhakimkan Rasulullah SAW untuk apakah benar Muhammad itu Rasulullah.

    Pendapat kedua menyatakan bahawa ayat ini diturunkan berhubung seorang yang bernama Abu Lubabah yang ditugaskan oleh Rasulullah SAW supaya pergi ke kampung Bani Quraizah untuk memberitahu mereka satu berita.

    Apabila sampai di kampung tersebut, Abu Lubabah menunujukkan isyarat menyembelih tengkuk kepada penduduk kampung berkenaan, lain dari apa yang ditugaskan oleh Rasullullah SAW.

    Mengikut pendapat yang ketiga, dan inilah pendapat yang sahih, yang diriwayatkan oleh Imam Malik, Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Abu Daud serta ulama-ulama hadis yang lain bersempena dengan dua orang Yahudi Muhson (yang telah berkahwin) berzina. Mereka dijatuhkan hukuman dengan melumurkan arang ditubuh kedua-duanya, diarak dikhalayak ramai dan disebat.

    Menurut satu riwayat Nabi SAW melihat peristiwa tersebut. Menurut riwayat yang lain, kedua-dua orang yahudi itu dibawa menemui nabi.

    Sesungguhnya hukum didalam kitab Taurat sama dengan hukum yang ada didalam Al-Quran. Tetapi orang-orang yahudi tidak menjatuhkan hukuman mengikut hukuman tersebut.

    Antara lain orang yang Muhson yang sabit melakukan zina dengan ikrar ataupun dilihat oleh empat orang saksi bahawa mereka berzina dengan terang dan nyata sebagaimana anak celak masuk kedalam ibu celak, maka pesalah itu dijatuhkan hukuman rejam sampai mati.

    Jika mereka belum berkahwin dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 100 kali sebatan. Semua hukuman ini ada didalam Kitab Taurat. Lalu Nabi SAW meminta supaya soal ini ditanya kepada Paderi Yahudi bernama Ibnu Suriya.

    Mengikut riwayatnya, paderi itu mengatakan, "hukuman dikalangan kami ialah rejam bagiyang muhson dan sebat kepada yang belum berkahwin. Apabila perzinaan itu berlaku dikalangan orang-orang besar, kami bermuafakat meminda hukuman ini kepada hukuman yang ringan untuk meraikan golongan tersebut."

    Mengikut satu riwayat yang lain, apabila dibaca kitab Taurat, mereka meletakkan tangan diatas ayat yang menyatakan hukuman rejam.

    Lalu seorang pemuda yang ada disitu meminta diberitahu peristiwa tersebut. Dan mereka mendedahkan hukuman ini apabila Rasulullah SAW mengatakan,"aku minta kamu kerana Allah."

    Mengikut satu riwayat, paderi itu berkata, "wahai Muhammad, oleh kerana engkau minta kerana Allah kami tidak boleh menyembunyikan apa yang sebenarnya didalam kitab Taurat."

    Lalu mereka mendedahkan segala hukuman berkenaan. Adapun conteng dengan arang, mengarak pesalah dikhalayak ramai, itu hanyalah hukuman yang dipinda olah orang Yahudi.

    Dinegara kita ada ura-ura mahu meletakkan pesalah zina didalam kereta jenazah. Ini satu perbuatan yang menyerupai perangai orang Yahudi.

    Inilah perbuatan dua golongan yang disebut didalam ayat ini banawa orang munafiq dan orang Yahudi suka meminda hukuman Allah.

    Olah itu wahai Muhammad SAW., engkau jangan dukacita perbuatan jahat mereka itu.

    Memang Nabi SAW danorang yang sayangkan Islam sedih melihat golongan yang tidak suka Islam dilaksanakan di dunia ini, kerana mereka tidak dapat melihat bala akibat tidak mahu kepada perlaksanaan Islam di dunia ini.

    Sementara itu berkata Sufian bin Uyainah, ayat ini juga berkait dengan mereka yang berperanan sebagai pengintip untuk golongan kuffar dan munafiq dalam masyarakat Islam. Pengintip berkenaan hadir dalam majlis Islam tetapi menolak Islam yang disampaikan. Mereka hanya mendengar apa yang disampaikan oleh pemimpin mereka. Mereka menjadi pengintip untuk melaporkan apa yang disampaikan itu kepada ketua-ketua mereka.

    Firman Allah yang bermaksud, "Mereka mendengar untuk berbohong dan mereka mendengar untuk kaum yang lain (bukan untuk Islam).
(Surah al-Maidah:41)

sumber: Fikrah Harakah, bil. 1282

 


PERHATIAN!
Kepada mereka yang ingin menyumbangkan artikel/tazkirah boleh berbuat demikian dengan menghantarnya dalam bentuk 'attachment' ke emel amin_um@yahoo.com.sg. Sumbangan anda adalah di alu-alukan...

 

Atas

 

[Biografi] [Album] [Kursus] [Komen] [Iklan] [Tazkirah]

 

 


2005 © Ibnu Umar. Hak Cipta Terpelihara
Dikemaskini pada 06 Mac 2005 10:30 a.m